
Busana Pengantin. Gubahan Bunga. Gubahan Hantaran. Pelamin. Kamar Beradu. Solekan. Aksesori. Kad Jemputan. F&B. Fotografi. Pengurusan Majlis. Perunding Peribadi. Adat Tradisi.
Wednesday, February 24, 2010
Tuesday, February 23, 2010
SEMOGA BAHAGIA
17 Sept 2010...Tahniah & Selamat Pengantin Baru kepada kak Faisuzida & pasangan. Terima kasih kami ucapkan kepada pengantin kerana mempercayai kami. (Kg Belimbing Tanah Merah)

Selamat pengantin baru buat Sal n Suami. Kami bersyukur dan bertuah kerana pasangan pengantin ini memberi kepercayaan kepada kami untuk membuat persiapan dikedua belah pihak. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan sempurna dan meriah....

Tahniah Siti & Pasangan... Saya doakan semoga bahagia,kekal abadi hingga ke syurga idaman. Tidak susah untuk bekerjasama dengannya. Dari sekolah rendah hingga sekarang masih sama, lemah lembut perwatakannya. Mungkin itulah tarikan utama dimata suaminya... 5 Jun 2010

Ceria....gambaran untuk pasangan pengantin Norhafiza & suami. 29 Mei 2010 tarikh penting buat pasangan ini... sudah tersurat jodohnya walau jauh bertemu jua diatas pelamin raja. Selamat Pengantin Baru untuk sahabatku. terima kasih kerana mempercayai perkhidmatan kami. Alhamdulillah walau pun cuaca sangat perit namun kecoh suaramu menghilangkan sakit kepalaku. Apakan daya kesibukan menghalangku untuk ke majlis mu...Semoga diri ini mendapat kemaafan darimu... Semoga bahagia dunia akhirat.

Majlis 29 Mei lalu mencoretkan memori indah buat Marnilaili & pasangan. Semoga bahagia...Sungguh meriah pada hari tersebut disertakan dengan hujan rahmat, menceriakan lagi suasana. Warna tema juga menyejukkan mata memandang apalagi pasangan ini kelihatan cocok bersama...terima kasih kami ucapkan kepada pengantin dan keluarga...kami bersyukur segalanya berlangsung dengan jayanya...

Ucapan Tahniah dan terima kasih kami ucapkan buat Erni dan pasangan... Semoga kalian teguh pada janji cinta abadi... (14 FEB 2010)

Tahniah!.. Selamat Pengantin Baru buat Mizi & Along. Semoga kasih yang dibina teguh selamanya... (16 FEB 2010)


13 MAC 2010 merupakan detik yang paling bahagia untuk pasangan ini. Tahniah kepada Nik Fauziah dan suami. Semoga detik ini menjadi kenangan yang paling indah untuk dikenang dan tidak akan dilupa untuk sepanjang hayat. Syukur dan terima kasih untuk Fauziah dan keluarga diatas layanan baik yang diberikan sepanjang kami menjalankan tugas. Kepercayaan anda pada kami adalah yang paling utama.
Untuk Fasihah dan suami, Tahniah kami ucapkan. . . Kami bersyukur kerana sudi berkongsi hari bahagia bersama kami. Semoga Fasihah dan keluarga berpuas hati dengan perkhidmatan kami. Kami seronok bekerjasama dengan keluarga pengantin. Sepanjang kami menjalankan tugas di rumah pengantin, banyak kenangan manis yang tidak mungkin kami lupakan. Pelamin yang dipilih merupakan pelamin sulong patern frame yang kami handle. Syukur ia amat menarik dan romantik. (14 MAC 2010)